Selasa, 31 Disember 2013

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


ALHUSSEYN

Posted: 31 Dec 2013 03:38 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:38 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info


Tahniah : Kerajaan berjaya mematahkan cubaan mengguling - Sebutir Bom buatan sendiri dirampas

Posted: 30 Dec 2013 06:46 PM PST

Tidak pula kelihatan atau dinyatakan tulisan provokasi 
yang tertulis pada baju tersebut....

Tahniah kepada Zahid Hamidi kerana pihak polis telah berjaya merampas sebutir bom buatan sendiri yang bakal digunakan oleh anasir subversif dalam cubaan menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi haram pada malam sambutan Tahun Baharu 2014 .... Boleh baca beritanya di muka depan Utusan Meloya hari ini.

Kerajaan tidak sepatutnya cuba memomokan rakyat dengan cerita-cerita bom dan senjata merbahaya yang konon akan digunakan semasa himpunan TURUN malam ini.

Tidak lojik sama sekali timbul cerita kononnya ada subversif hendak mengguling kerajaan dengan cara berhimpun ...... alahai!

Cer korang perhatikan pada background sidang akbar Bhai Amar di bawah ni.

Tertulis di situ : KUMPULAN-KUMPULAN YANG AKAN MENGGANGGU MAJLIS SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2014 DI DATARAN MERDEKA, 31 DISEMBER 2013.

Kemudian itu diikuti dengan logo-logo kumpulan yang dimaksudkan itu iaitu TURUN, JINGGA 13, SAMM, dan SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA

Tetapi bila diaorang nak samannya dia mula menggelabah dan tidak mengaku!Harap-harap benarlah polis ada bukti yang kukuh sebagaimana pengakuan Utusan Meloya :


Himpunan TURUN mulai 9:00 malam ini nanti adalah untuk membantah kenaikan harga barangan keperluan rakyat seperti petrol, gas, takrif eletrik, tol yang membebankan rakyat; yang bukan sahaja menyusahkan penyokong PR , malah penyokong BN sendiri.

Bantahan ini dibuat setelah kerajaan enggan menangguhkan kenaikan harga barangan ketika di gesa oleh wakil-wakil parlimen PR.

Sikap angkuh dan sombong kerajaan yang tidak memperdulikan denyut nadi kehidupan rakyat biasa kini terpaksa berdepan dengan kebangkitan rakyat yang
tidak berpuas hati dengan kenaikan beberapa jenis keperluan rakyat.

Ini bermakna, himpunan TURUN ini adalah bertujuan untuk membela kehidupan rakyat seluruhnya. 

Usaha ini jelas adalah untuk kebaikan bersama; tidak kira korang kakitangan awam kerajaan, tentera atau polis kerana kenaikan harga barangan membebankan kehidupan setiap kita. 

Maka itu ianya tidak sepatutnya ditentang dan diprovok oleh mana-mana pihak terutamanya dari pihak kerajaan sendiri.

Biaqpila

Posted: 31 Dec 2013 03:28 PM PST

Posted by Admin Direktori Blog | | 3:28 PTG

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

sumber :-

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Selamat Tahun Baru 2014 kepada seluruh teman-teman.

Posted: 31 Dec 2013 12:52 AM PST


Himpunan TURUN : Pemuda PAS Kelantan Sahut Seruan DPPM

Posted: 30 Dec 2013 11:23 PM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyahut seruan yang dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat agar seluruh anak muda menyertai himpunan TURUN pada malam 31 Disember 2013 ini bagi membantah kenaikan harga barang. Seruan itu dibuat bagi menunjukkan solidariti terhadap lebih kurang 27 juta rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya bakal menerima kesan buruk hasil kenaikan kos sara hidup yang amat mendadak ini.

Selaku organisasi yang berada di bawah Pemuda PAS Malaysia, adalah menjadi kewajipan bagi seluruh jentera pemuda di negara ini bersatu di bawah satu arahan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Malaysia. Ini sekaligus membuktikan bahawa anggota Pemuda PAS di seluruh negara sebulat suara menyokong usaha untuk mendesak kerajaan melakukan sesuatu bagi memastikan kenaikan harga barang dan perkhidmatan tidak berlaku sebagaimana yang diura-urakan.

Untuk itu, seluruh anggota Dewan Pemuda PAS di kawasan-kawasan seluruh negeri Kelantan dikerah untuk turun beramai-ramai ke Himpunan TURUN 31 Disember 2013 ini. Perlu ditegaskan bahawa himpunan yang dirancang ini tidak sekali-kali bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sebagimana yang diwar-warkan oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Dakwaan sebegini adalah karut dan bertujuan semata-mata untuk menutup isu sebenar iaitu kenaikan tol yang cukup membebankan rakyat.

DPPNK juga ingin mencabar Pemuda UMNO untuk menyatakan pendirian secara rasmi adakah mereka bersetuju dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan khususnya kadar tol? Pemuda UMNO diseru jangan berselindung di sebalik dakwaan-dakwaan palsu kononnya himpunan TURUN bertujuan menggulingkan kerajaan semata-mata kerana ingin mengalihkan isu. Sikap ini merupakan sikap pengecut dan melambangkan Pemuda UMNO tidak mempunyai jatidiri dan pendirian yang jelas.

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.

Bertarikh : 29 Disember 201

Ke Mana Pergi Subsidi Kami?

Posted: 30 Dec 2013 11:23 PM PST


RAYUAN SUMBANGAN PEMBANGUNAN PASTI KAWASAN MACHANG

Posted: 30 Dec 2013 11:22 PM PST

1.Syukur kepada Allah,tuhan yang menjadikan seluruh alam. Dengan penuh hormat, sempena awal tahun 2014 yang bakal menjelma. Jawatankuasa Pasti Kawasan Machang, ingin merayu dan membuka peluang kepada YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan membuat amal jariah bagi membantu pembangunan pasti-pasti di sekitar Machang yang mempunyai 18 cawangan dan mempunyai hampir 700 orang pelajar.

2. Untuk makluman, YBhg Dato'/Datin/Tuan/Puan, kami amat berbesar hati menerima sumbangan kewangan @ pelbagai bantuan peralatan sekolah dan juga makanan (beras,roti,biskut,susu,gula,milo dll)

3. Segala sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah di salurkan ke BIMB :-
PASTI KAWASAN MACHANG :-
03045010011990

Atau menghubungi saya..khairul (010-5417841)

4.Sumbangan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan hulurkan, kami dahului dengan ucapan terima kasih dan semoga diterima Allah S.W.T sebagai amal soleh sebagaimana Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud 'Apabila mati seseorang manusia terputuslah segala amalannya kecuali sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan doa anak yang soleh'. Hadis Riwayat Al-Imam Muslim

Sekian,terima kasih.

(MUHAMMAD KHAIRUL B. CHE KHALID)
Pengerusi
Jabatan Pasti Kawasan Machang
26 Disember 2013

Penyerahan papan karrom kepeda pemuda dusun buluh

Posted: 30 Dec 2013 11:21 PM PST


PENGUMUMAN PELANTIKAN PENUH AHLI JAWATANKUASA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA SESI 2013-2015

Posted: 30 Dec 2013 11:20 PM PST

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya membuat beberapa pelantikan baru dan membentuk jawatankuasa DPPM bagi sesi 2013-2015. Hasil dari mesyuarat DPPM pada 24 Disember 2013, hampir semua lajnah dan jabatan telah berjaya diisi. Pelantikan tersebut menggabungkan di antara ulamak, profesional, aktivis, usahawan dan ahli akademik.

Latar belakang yang pelbagai di dalam kepimpinan DPPM sesi ini menggambarkan semangat memposisikan variasi kepimpinan pemuda sesi ini. Justeru dengan kepelbagaian yang ada ini, Insya Allah akan membantu DPPM mengerakkan Pemuda PAS Malaysia lebih inklusif seterusnya memberi banyak kebaikan kepada anak muda Malaysia. Berikut adalah senarai penuh yang telah diputuskan;

Pengerusi Tetap : Ustaz Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi Tetap : Dr Ustaz Riduan Mohd Nor

Ketua Pemuda : Suhaizan Kaiat [Pengerusi Lajnah Politik]

Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi [Pengerusi Akademi Tarbiyyah Pemuda]

Naib Ketua Pemuda : Ir Hj Khairil Nizam Khiruddin
[Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda]

Setiausaha : Mohd Nasaie Ismail [Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda]
Penolong Setiausaha I : Mohd Faizul Salleh
Penolong Setiausaha II : Ramadan Elias
Penolong Setiausaha III : Yusapiza Ya'cob

Bendahari : Ustaz Yussaine Yahya [Pengarah Jabatan Perbendaharaan]

Ketua Penerangan : Ustaz Zaharudin Muhammad [Pengerusi Lajnah Penerangan Pemuda]

Pengarah Pilihanraya Pemuda : Mohd Sany Hamzan [Pengarah Pilihanraya Pemuda]
Lajnah Hal Ehwal Parlimen & Dun : YB Ustaz Ahmad Marzuk Shaary [Pengerusi]
YB Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Perpaduan Nasional : Nurul Islam Mohamed Yusoff [Pengerusi]

Lajnah Pekerja, Pengguna & Alam : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus Sekitar [Pengerusi]
Dr Mohd Ibrahim [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Penerangan & Media Baru : Ustaz Ahmad Fadli Shaari [Pengarah]

Institut Kajian Polisi : Syahir Sulaiman [Pengarah]

Jabatan Pendidikan Politik : Mohd Fadli Ghani [Pengarah]

Lajnah Dakwah : Ustaz Syed A. Kadir Hussin [Pengerusi]
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudden [Timbalan Pengerusi]

Jabatan Pembangunan Sekolah Rendah : YB Ustaz Ahmad Yahya [Pengarah]

Akademi Tarbiyyah Pemuda : Ustaz Nushi Mahfodz [Timbalan Pengerusi]

Lajnah Hal Ehwal Sabah & Sarawak : Lahirul Latigu [Pengerusi]

Lajnah Antarabangsa : Dr Raja Iskandar al-Hiss [Pengerusi]

Lajnah Pembangunan Tanah & Bandar : Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi [Pengerusi]

Lajnah Kebajikan & Perihatin Rakyat : Ustaz Hafiz Musa [Pengerusi]

Jabatan Pembangunan Graduan : Basri Din Kamar [Pengarah]

Badan Mobilisasi Rakyat : Kamaruzaman Mohamad [Pengarah]
Zulhazmi Shariff [Timbalan Pengarah]

Jabatan Profesional Muda : Dr Mohamad Omar [Pengarah]

Jabatan Pembangunan Mahasiswa : Ustaz Mohd Hafez Sabri [Pengarah]

Jabatan Penyelarasan Mahasiswa : Dr Abdul Azim Abu Hasan Luar Negara [Pengarah]
Jabatan Pembangunan Pelajar : Mohd Hakim Mohd Nor [Pengarah]

Jabatan Hal Ehwal Undang-undang & : Noor Azmir Zakaria Hak Asasi Manusia [Pengarah]

Jabatan ICT : Wan Asrul Afendi [Pengarah]

Ketua Pemuda PAS negeri-negeri:-

Perlis : Ustaz Yussaine Yahya
Kedah : Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Pulau Pinang : Ustaz Mohd Yusni Mat Piah
Perak : Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
Selangor : Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim
Wilayah Persekutuan : Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khiruddin
Negeri Sembilan : Ustaz Nor Azman Mohamad
Melaka : Jauhar Mohd Dawi
Johor : Mohd Faizul Saleh
Pahang : Ustaz Nazri Ahmad
Terengganu : Ustaz Kamaruzaman Abdullah
Kelantan : Ustaz Mohd Fadli Shaari
Sabah : Lahirul Latigu
Sarawak : Mohd Arifiriazul Paijo

SUHAIZAN KAIAT
Ketua
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Program Brainstorming Dewan Pemuda PAS Kawasan Machang

Posted: 30 Dec 2013 11:18 PM PST









11 Langkah penjimatan Najib hanya kosmetik

Posted: 30 Dec 2013 11:14 PM PST

27 Safar 1435H. [MOD] - 

IPOH: Pengumuman 11 langkah pengurangan perbelanjaan sektor awam 2014 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak adalah salah satu usaha mengelirukan rakyat.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria (gambar) berkata, Najib cuba memberi gambaran di mata rakyat bahawasanya kerajaan sangat prihatin terhadap rakyat hingga sanggup berkorban termasuklah untuk mengurangkan elaun menteri.

Menurutnya, 11 langkah penjimatan tersebut secara realitinya bukanlah satu usaha untuk mengurangkan beban rakyat sebaliknya tindakan untuk menutup kegagalan kerajaan memerintah negara dengan baik apabila berlakunya pengurangan subsidi minyak petrol dan gula serta kenaikan tarif elektrik secara mendadak sehingga berlakunya kenaikan berantai.

"Sebelas langkah pengurangan yang diumumkan itu tidak langsung memberikan faedah kepada rakyat, ianya juga tidak menjadi satu jawapan utama terhadap permasalahan sebenar iaitu kos kehidupan rakyat semakin meningkat," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Razman menjelaskan, PAS mahu melihat kerajaan menyelesaikan perkara pokok termasuklah ketirisan dan pembaziran yang berleluasa didalam pentadbiran negara ketika ini.

Kerajaan katanya tidak ada satu usaha untuk menyelesaikan kepincangan pemerintahannya sebaliknya cuba menutup kegagalan itu dengan pengumuman yang tidak mendatangkan faedah besar.

"Kerajaan seharusnya lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah rakyat yang dihimpit dengan tekanan kehidupan seharian apabila kerajaan sewenang-wenangnya mengumumkan pelbagai kenaikan.

"Masih ramai lagi rakyat hidup dalam keadaan perdapatan minima yang sudah pasti terbeban dengan pelbagai kenaikan ketika ini," jelasnya lagi.

Namun begitu, PAS menyambut baik satu langkah murni kerajaan untuk membuat satu langkah penjimatan dalam menggunakan dana wang negara dan sepatutnya ianya diamalkan sejak dulu lagi.

"Seharusnya semua kepimpinan kerajaan turut menginsafi untuk mengamalkan penjimatan dalam kehidupan mereka dengan melihat tekanan yang dilalui oleh rakyat marhaen kini," jelas Razman.
Harakahdaily/-

Perlawanan Persahabatan Futsal Pemuda Dun Pulai Chondong Dengan Temangan

Posted: 30 Dec 2013 11:13 PM PST




Ketua Pemuda PAS Pusat

Posted: 30 Dec 2013 11:11 PM PST


Jabatan Amal Machang Bertugas Membantu Mangsa Banjir Kemaman, Terengganu

Posted: 30 Dec 2013 11:09 PM PST






Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 31 Dec 2013 03:39 AM PST

bumiyang


Gempar!!! Che’GuBard Dedahkan Presiden Pas Kaki Fitnah???

Posted: 30 Dec 2013 05:00 PM PST

tunku

Posted: 31 Dec 2013 03:30 AM PST

tunku


PKR member held over alleged death threat against Taib Mahmud

Posted: 31 Dec 2013 12:55 AM PST

The police have arrested a member of Parti Keadilan Rakyat (PKR) to help in the investigation into an alleged death threat issued against Sarawak Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Sarawak CID chief Datuk Zulkifli Hassan said.


He said the 34-year-old man, who is a member of the Sarawak Angkatan Muda Keadilan (AMK), was held at 9.20 pm Monday when he was at the Kuching international airport with several PKR members to see off Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) chairman Badrul Hisham Shahrin, also known as Chegubard, who was returning to Kuala Lumpur.

The police had obtained a court order to remand him for three days, he said.
The suspect is believed to have posted on a Facebook account on Dec 27 a statement allegedly containing words constituting a death threat against Taib, he added.

#seratah#

Posted: 31 Dec 2013 03:23 AM PST

#seratah#


MENGAPA KAMI TINGGALKAN ANWAR IBRAHIM

Posted: 30 Dec 2013 08:43 PM PST

sambungan Mohd. Saiful.

Harapkan Pagar Pagar Makan Padi.


Anwar Ibrahim 64 tahun ketika itu dihadapkan ke mahkamah pada 7hb Ogos 2008, kes liwatnya melibatkan Mohd Saiful Bukhari yang dihadapi Anwar itu juga berlaku selepas hampir 12 tahun Penasihat PKR itu dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan liwat.

Anwar Ibrahim pernah dihukum sembilan tahun oleh mahkamag tinggi pada tahun 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar tetapi empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan oleh beliau di mahkamah persekutuan pada 5 september 2004 dengan keputusan mejoriti 2-1.

Meskipun dibebsakan ketika itu Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya menyatakan; Walaupun melalui pembacaan rekod rayuan, kami menemui bukti untuk mengsahkan bahawa perayu-perayu (Anwar dan adik angkatnya, Sukam Darmawan Sasmitaat Madja) terlibat dalam kagiatan homosseksual dan terdorong untuk mempercayai bahawa perbuatan yang didakwa itu memang berlaku di Tivoli Villa, pada satu masa, tetapi mahkamah hanya boleh mensabitkan mereka sekiranya pehak pendawaan berjaya membuktikan tampa sebarang keraguan mengenai kesalahan itu.

Anwar juga pernah dihukum  penjara enam tahun oleh mahkamah Tinggi pada 14 April 1999 selepas didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyisatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

Dalam perbicaraan kes liwat Mohd.Saiful Bukhari itu Anwar memilih memberi keterangan tampa mengkat sumpah yang membolehgkannya terlepas daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh peguam cara negara 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Anwar yang diwakili oleh barisan peguam bela diketuai oleh Karpal Singh, diperintah membela diri setelah mahkamah memutuskan di akhir kes pendakwaan pada 16 mei 2011 bahawa Mohd.Saiful Bukhari adalah saksi yang benar dan keterangannya boleh dipercayai.

bersambung

Ohpolitik!™

Posted: 31 Dec 2013 03:20 AM PST

Ohpolitik!™


BIAQ BETOI!! TOHKONG LGE Tukaq Kereta LAGI? Mercedes-Benz S300L Jer PUN!! #RPDM31D

Posted: 30 Dec 2013 05:33 PM PST


It looks like Penang Chief Minister will be rolling in 2014 in style, as his new ride with the customary PG1 number plate is a long wheelbase W221 Mercedes-Benz S300L in Palladium Silver with a grey interior. Photos of the freshly registered car uploaded by dealership personnel appeared on Facebook earlier today.


According to sources, only one unit was procured from Lowe Motors, a Mercedes-Benz Malaysia dealership in Georgetown, Penang. Being a government purchase, no tax was paid on it. The car comes with a four year unlimited mileage warranty and is locally assembled in Pekan, Pahang.

Given that the new W222 S-Class has already been released, this previous generation car must have been procured at quite a bit of savings. A quick check for brand new S-Class on oto.my Malaysian car classifieds reveals a brand new year 2012 unregistered car advertised by an official Mercedes-Benz Malaysia dealer for RM560k (with tax), which is a reduction of RM100k from the car's new price. (new cars cost RM860k for the S350).

The PG1 number plate used to be on an 18 year old W140 Mercedes-Benz S-Class. It was moved for a brief period to a black Toyota Camry that was part of the new fleet of Toyota Camry 2.5V purchased as the state's official car at a cost of RM113,500 per car – tax free as well.

Mercedes-Benz S-Klasse, (W 222), 2012
Mercedes-Benz S-Klasse (W 222) 2013
Mercedes-Benz S-Klasse, (W 222), 2012

Elaun Menteri dan Pegawai Kanan DiKURANGKAN VS Gaji MB dan Exco Naik Mencanak #RPDM31D

Posted: 30 Dec 2013 08:02 AM PST



PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuatkuasa 1 JanuariAntaranya termasuklah: 


  1. Mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, 
  2. Mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.
  3. Kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred JUSA C dan ke atas juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus,
  4. Kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
  5. Mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
  6. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
  7. Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam,
  8. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
  9. Mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.


Taipingmali (tm)

Posted: 31 Dec 2013 01:37 AM PST

Taipingmali (tm)


The Heat:  Kebebasan Media Bukan Bermakna Boleh Melanggar Undang-undang  

Posted: 30 Dec 2013 07:17 AM PST

Tindakan kerajaan menggantung 'The Heat' iaitu media berbahasa Inggeris yang khabarnya berdaftar sebagai majalah tetapi telah melanggar undang-undang dengan menerbitkan akhbar, mendapat reaksi 'luarbiasa' di kalangan segolongan masyarakat Malaysia, umumnya penyokong pembangkang, khasnya masyarakat Cina. 
 
The Heat bukanlah sebuah akhbar popular malah ramai yang tidak pernah mendengar mengenainya sebelum ini. Namun, penggantungannya dijadikan isu besar oleh golongan ini hanya kerana antara percetakan terakhir akhbar tersebut merupakan kritikan terhadap isteri Perdana Menteri. 
 
Jelas, yang ingin dijadikan isu di sini bukan soal penggantungan The Heat tetapi soal apa yang dicetak oleh akhbar itu.  Tujuan mereka dengan terus memperkatakan mengenai penggantungan The Heat ialah agar dapat memburukkan Perdana Menteri serta kerajaan Malaysia secara lebih 'meluas'.
 
Sebenarnya, kebebasan media di Malaysia bukanlah satu perkara yang perlu diperdebatkan. 
 
Kewujudan akhbar-akhbar fitnah dan sampah atas nama 'pembangkang'yang bersepah dijual sudah cukup untuk membuktikan bahawa Malaysia mengamalkan kebebasan media sewajarnya.  Malah, tidak salah jika dikatakan bahawa media Malaysia telah dibiarkan 'terlalu bebas' sehingga berani menyebarkan hasutan dengan sewenang-wenangnya terutamanya melalui akhbar berbahasa Cina. 
 
Lebih dari itu, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang memberi kebebasan kepada akhbar Cina untuk duduk sama taraf dengan akhbar perdana. 
 
Selama ini juga, akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga akhbar milik pembangkang adalah bebas untuk menyindir, mengkritik, mengecam atau mengutuk Perdana Menteri Malaysia dan juga kerajaan sama ada secara halus, lantang, tersurat mahupun tersirat tanpa diambil apa-apa tindakan.   
 
Tidak cukup dengan tulisan, pihak yang sama juga menjadikan kutukan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai makanan harian, perisian rohani dan jasmani di mana-mana saja sama ada di dalam atau di luar negeri. 
 
Jika kerajaan tidak pernah peduli dengan mereka ini, maka kenapa pula kerajaan perlu merasa 'panas' dengan The Heat seperti yang dicanangkan pembangkang?    
 
Logiknya, jika mereka yang menyebarkan fitnah Altantuya atau cincin berjuta milik Datin Seri Rosmah masih terus hidup, bebas dan merdeka, maka kenapa pula The Heat harus digantung hanya kerana mengkritik personaliti yang sama? 
 
Hakikatnya, The Heat bukan digantung kerana apa yang dicetaknya tetapi kerana melanggar undang-undang.  Walaupun begitu, kita bersetuju jika kerajaan bertegas menghukum media yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan hasutan sesuka hati.  
 
Mungkin dalam soal ini, kerajaan perlu mencontohi pembangkang yang sering membelakangkan hak kebebasan media sekiranya media itu melaporkan sebarang keburukan parti mereka.   Bukan rakyat Malaysia tidak biasa dengan seruan boikot Utusan Malaysia atau TV3 oleh pembangkang.   Kita juga biasa melihat pembangkang membuat 'demo' membakar akhbar yang 'dimusuhi' mereka. 
 
Pembangkang sering mengugut untuk menyaman mana-mana media yang melaporkan keburukan mereka. 
Jangankan melaporkan keburukan pembangkang, bertanyakan soalan juga tidak dibenarkan.  Itulah yang berlaku apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, berhadapan dengan wartawan di mana beliau mengugut untuk menyaman wartawan sekiranya mereka mengulangi soalan yang tidak mampu dijawabnya. 
 
Pembangkang telah biasa menyeru penyokong  mereka agar jangan membaca akhbar yang bukan merupakan pro kepada perjuangan mereka sedangkan kerajaan tidak pernah menghalang rakyat untuk membaca apa saja. 
 
Justeru, melihat dari cara pembangkang menangani isu The Heat membuat kita semakin muak dengan parti itu. Hipokrasi pembangkang nampaknya tiada batasan.  
 
Pesan kita, sekiranya ingin berpolitik pun, janganlah melanggar undang-undang.  Bagaimana kita boleh membayangkan pembangkang sebagai pemerintah jika sering menyokong dan melakukan perkara yang melanggar undang-undang? 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 30 Dec 2013 11:35 PM PST

DARUL EHSAN TODAY


KAMI SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG PENUH PDRM...

Posted: 30 Dec 2013 08:26 PM PST

Aku sebagai rakyat malaysia dan aku yakin majoriti rakyat yang lain juga akan memberikan sokongan penuh kepada pdrm...

Apa pdrm nak buat pada pendemo-pendemo bodoh yang nak main guling-guling atas jalan malam nie pdrm buatlah, asalkan malaysia selamat dan tenteram di malam tahun baru ini.

Harap pihak pdrm tidak mengecewakan rakyat malaysia yang cintakan keamanan, buat lah apa korang nak buat, asalkan malaysia aman...


The Unspinners

Posted: 30 Dec 2013 11:33 PM PST

Belantan

Posted: 30 Dec 2013 11:13 PM PST

Belantan


Ancaman bom : Rafizi 'anak ikan' belaan Anwar dipanggil beri keterangan, Surendran sewel beri amaran kepada polis?

Posted: 30 Dec 2013 08:00 AM PST


Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis Dang Wangi bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan emel mengaitkan beliau dengan ancaman bom pada 31 Disember ini.

Beliau yang diiringi peguamnya, N.Surendran dan Latheefa Loya kelihatan memasuki pekarangan balai polis tersebut kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Rafizi yang ditemui sebelum diambil keterangan mengulangi pendiriannya bahawa emel tersebu sengaja direka dan mendakwa ia didalangi oleh blogger pro-Umno.

"Saya agak terkejut apabila polis agak berminat menyiasat khabar angin yang disebarkan dalam media dan blogger pro-Umno yang mengancam ketenteraman awam dengan mendakwa bom ditanam di beberapa kawasan umum.

"Saya kecewa dengan sikap 'double standard' yang diamalkan polis kerana tidak menahan blogger terbabit atau memanggil media pro-Umno memberikan keterangan seperti yang dikenakan kepada saya," katanya di pekarangan IPD Dang Wangi, di sini, hari ini.



Semalam, Pengarah Strategi PKR itu menggesa pihak polis menyiasat satu entri blog pro-Umno yang mendedahkan satu e-mel yang mengaitkan beliau dan rakan karibnya didakwa mendalangi komplot ancaman bom menjelang perhimpunan rakyat pada 31 Disember ini.

Rafizi menyifatkannya sebagai 'fitnah luar biasa' kerana ia membabitkan ancaman bom serta boleh menggugat ketenteraman awam.

Sementara itu, Surendran yang menemani anak guamnya mendakwa penyebaran fitnah luar biasa itu dilakukan bertujuan untuk menghalang orang ramai daripada berhimpun di Dataran Merdeka bagi membantah kenaikan harga pada hujung bulan ini.

Sehubungan itu beliau memberi amaran kepada pihak polis supaya tidak mencampuri dan menafikan hak rakyat daripada menyertai himpunan aman tersebut.

"Apa jua perhimpunan aman adalah dibenarkan dalam Perlembagaan negara, jika polis cuba menghalangnya, tindakan itu tidak sah," katanya.

Beliau juga menyifatkan tuduhan ke atas anak guamnya itu sebagai 'mengarut' dan Surendran memberi amaran jika blogger terbabit tidak menarik semula dakwaan tersebut, pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah kerana tuduhan memfitnah.

"Jumpa kami di mahkamah jika ketua polis negara dan timbalannya tidak menarik balik dakwaan tersebut," katanya lagi.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

Posted: 30 Dec 2013 11:08 PM PST

Panglima Perang Cyber


PM @NajibRazak Umum 11 Langkah Mengurangkan Perbelanjaan Sektor Awam Berkuatkuasa 1 Januari 2014 cc KSN @AliHamsa55

Posted: 30 Dec 2013 05:04 AM PST

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.

Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

kenyataan 1kenyataan 2Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua
Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. – Bernama




Sent from my iPhone

3 Cadangan Bagaimana Untuk Mengatasi Kenaikan Harga Barang di Malaysia @NajibRazak @Anwaribrahim

Posted: 30 Dec 2013 12:50 AM PST


Sekarang ini banyak betul barang mengalami kenaikan harga berikutan penarikan subsidi dan juga kenaikan harga makanan dunia. Kenaikan harga makanan merupakan satu isu global sebenarnya.Bagi isu subsidi, ia adalah isu dalam negera yang sedang "panas" sekarang ni. Sebenarnya memang agak sukar untuk menahan kenaikan harga jika harga diperingkat global mengalami kenaikan yang tinggi. Harga barangan berkenaan turut akan meningkat kerana kos pengeluaran atau eksport meningkat.

Mesti mencabar buat kerajaan untuk jelaskan isu ini sebab ada permainan emosi kebanyakan rakyat. Saya yakin isu inilah yang boleh menjatuhkan kerajaan sekarang jika tidak diterangkan dengan jelas dan betul.

Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang?

Bagi saya ada 3 jalan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

  1. Undi Pakatan Rakyat (PR) ketika PRU 13 dan berharap mereka akan turunkan harga
  2. Meningkatkan pendapatan diri sendiri
  3. Kurangkan perbelanjaan terhadap perkara yang kurang penting seperti hiburan,aksesori dan sebagainya.

Ya. Ada 3 pilihan untuk anda pilihan untuk anda pilih. Ini pula komen saya:

Cadangan Satu

Anda boleh mengunakan kuasa anda sebagai pengundi untuk menukar kerajaan. Namun, ia bukan satu jaminan harga barangan akan diturunkan setelah ia naik disebab harga barangan import bukan boleh ditahan tahan. Ia diibaratkan sebagai membina empangan, pada suatu masa nanti ia mungkin akan roboh dan mungkin akan terus memusnahkan segalanya. Dengan erti kata lain, jika kerajaan tidak lagi mampu menahannya, ia tetap akan naik kepada tahap yang sepatutnya. Ia merupakan satu penyelesaian yang sementara sahaja. Harga akan tetap naik setelah kerajaan tidak lagi mampu menahannya dengan subsidi.

Barangan seperti gula, tepung, bawang,susu dan banyak lagi adalah barangan diimport dari negara lain. Harganya akan meningkat bergantung polisi dan harga yang ditetapkan negara pengimport. Harga mungkin boleh diturunkan jika ia dihasilkan di Malaysia. Persoalannya adakah pengusaha produk tersebut akan patuh jika harga pasaran dunia adalah tinggi?

Contoh terbaik ialah minyak sawit. Negara kita adalah pengeluar kedua terbesar di dunia, kenapa harga minyak masak masih mahal? Kenapa tidak diturunkan lagi? Jika ia diturunkan lagi, bagaimana nasib pekebun kecil? Mereka mungkin terpaksa menjual buah sawit mereka pada harga yang rendah juga disebabkan polisi negara untuk memastikan harga dijual pada harga yang rendah. Orang yang ada kebun sawit pasti akan marah jika polisi ini dilaksanakan. Perlu ingat banyak syarikat sepert Tabung Haji (TH) bergantung kepada hasil jualan sawit untuk membayar dividen ahlinya. Jika ia dijual dibawah harga yang sepatutnya, bagaimana pula TH ingin membayar dividen ahli lebih tinggi?

Menurunkan harga boleh menyebabkan mereka yang menjadi pembekal akan rugi. Mereka ini adalah orang Melayu sendiri. Bayangkan jika beras diturunkan harga. Pastinya golongan petani akan menjadi mangsa. Bagaimana survival mereka jika padi dibeli dengan harga yang murah bagi membolehkan ia dijual dengan harga yang murah.

Begitu juga ikan, bagaimana nelayan untuk hidup jika harga ikan dijual pada harga yang murah sedangkan harga pasaran sepatutnya lebih tinggi. Inilah yang menyebabkan ramai nelayan berada bawah tahap kemiskinan. Selain itu, peranan kerajaan yang lemah dalam membantu nelayan untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Sekarang kos menangkap ikan pun semakin meningkat disebabkan sikap sesetengah nelayan yang menjual diesel bersubsidi ditengah laut untuk mendapat duit mudah. Setiap kapal laut dalam boleh membawa 20,o0o-25,000 liter diesel. Jika mereka jual RM4.oo seliter, dah untung banyak dah tu.

Seterusnya baca 



Sent my iPhone

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 30 Dec 2013 11:03 PM PST

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Gempar Anwar ditampar orang Sabah lagi!

Posted: 30 Dec 2013 08:55 PM PST


Sejak dua menjak, Anwar Ibrahim semakin tidak keruan. Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri semakin memuncak. Balaci-balaci telah digerakkan untuk berguling-guling di atas jalan raya sambil berteriak-teriak untuk menggulingkan kerajaan sempena Tahun Baru 2014 ini. Mungkin itu harapannya untuk jadi PM yang baru hasil menggulingan sebuah pemerintah yang sah.  

Namun , ntah macamana keghairahan Anwar sedikit terencat berikutan pengumuman 11 langkah DS Najib mengurangkan perbelanjaan sektor awam mulai 1 Januari 2014 mendapat reaksi positif masyarakat. Sedangkan kenaikkan elaun Menteri Besar dan juak-juak Exco di Selangor mengundang pelbagai kontroversi. Pemberian duit sekolah RM30 kepada rakyat Selangor terpilih turut ditemplak rakyat dan ahli-ahli Pakatan sendiri...30 hinggit jer? 

Mulai 1 Januari 2014, lesen kiosk tol di semua lebuhraya di Selangor akan dinaikkan. Cukai pintu dibeberapa Majlis Perbandaran di Selangor turut akan dinaikkan sehingga 400%. Semuanya menyumbang kepada kenaikkan harga di premis-premis perniagaan.

Utusan Malaysia 31 Disember 2013, ms: 27
Kini keghairahan Anwar kembali terencat apabila orang kuat PKR Sabah; Musli Oli turut mengisytiharkan keluar parti kerana merasa tertipu dengan kencingan-kencingan Anwar pada penduduk Sabah selama ini.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Sdr Musli Oli kerana sudah insaf dan harap dapat kembali ke pangkal jalan. Mungkin Anwar akan sembuh kembali jika mendapat stok dos kunyit yang lebih power di malam Tahun Baru nanti.  Sapa tahu?


    

Poster Mymassa untuk renungan geng guling-mengguling

Posted: 30 Dec 2013 01:00 PM PST


Beringat-ingatlah sebelum nak gulingkan kerajaan. Belum tentu ada jaminan bahawa kerajaan yang baru ditubuhkan hasil pergulingan tersebut lebih baik dari kerajaan yang digulingkan sebelumnya. 

Banyak contoh negara di dunia yang kerajaannya digulingkan rakyat terus-menerus bergolak dan kesengsaraannya berguling-guling tanpa kesudahan. Lihat saja Iraq, Afghanistan, Libya, Mesir, Syria dan sebagainya. Yang terbaru negara jiran kita di Thailand.

Di kala kita ingin gembira berguling-guling menyambut Tahun Baru 2014, beringatlah daripada bertindak bodoh hendak mengulingkan pemerintah yang sah, lebih baik kita meraikan Tahun Baru itu dengan membuat BBQ kambing guling sambil-sambil bersedekah meraikan kedatangan tahun baru. Lepas itu bolehlah kita tidur lena sambil peluk bantal guling dan berguling-guling di atas katil.

Kambing guling sedap dimakan di malam ambang Tahun Baru.

DEMO TURUN TERKEDU, ANWAR TERCENGANG, PM UMUM MATA SILAP

Posted: 30 Dec 2013 04:04 AM PST

TERCENGANG DENGAN LANGKAH DS NAJIB
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:

  • Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
  • Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
  • Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atauconsultantuntuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankanfeasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:

  • Mengurangkan penggunaan kain pemidang (buntingdanbanner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
  • Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
  • Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 30 Dec 2013 09:29 PM PST

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 30 Dec 2013 09:20 PM PST

tok gajah

Posted: 30 Dec 2013 09:08 PM PST

tok gajah


.....kenaikan barang dan kos sara hidup.........Bawe bertenang, dunie belum nak kiamat........

Posted: 30 Dec 2013 06:40 PM PST


Tok agak rase sedih juge tentang kenaikan barang dan kos sara hidup yang terpakse di tanggung oleh rakyat. Sebenar nye perkare ni sememang nye sukar untuk di elak kan. Boleh di katekan perkare ni sedang pun berlaku di seluruh dunie. Bak pepatah melayu- :bumi mane yang tidak di timpe hujan".

Di Malaysia ni sebenar nye rakyat nye lebih beruntung dan bertuah jike di bandingkan dengan mane2 negare lain di rantau ni. Kite masih lagi mendapat perhatian dan pembelaan serte bantuan dari kerajaan dalam suahsane kenaikan barang dan kos sara hidup ni.

Rakyat yang berpendapatan rendah sentiase di berikan bantuan untuk melegekan keadaan. Kite harus bershukur kerane negare ni aman dan makur. Kite hidup aman dan damai, tidak ade seorang pun yang diberitekan mati kelaparan.

Malang nye kite kini sedang berhadapan dengan anasir2 jahat yang cube mengacau ketenteraman negare. Mereke senghaje memperbesar-besarkan isu kenaikan barang dan kos sara hidup se mate untuk mengambil kesempatan. Rakyat yang setie dan sayangkan negare ni harus tidak terjebak dengan tindak tanduk anasir2 jahat ni.

'Himpunan Naik'@'guling' ni pade pandangan Tok sangat merbahaye dan boleh menggugat keamanan dan ketenteraman negare. Rakyat yang cintekan keamanan harus mengutuk dan menjauhi nye. Tok juge berharaf supaye kerajaan bertindak tegas untuk menyekat perhimpunan haram ni.

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 30 Dec 2013 03:43 PM PST

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Sembilan tahun setubuhi anak gadis sendiri di Kelantan

Posted: 30 Dec 2013 02:00 PM PST

KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak.

"Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira 'taubat terpaksa' dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha). "Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu," kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Anaknya berusia 25 tahun pula berdepan tindakan penjara enam bulan jika gagal membayar denda RM2,000 itu.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu pada jam 1.30 pagi semalam bertempat di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan anak perempuannya sehingga melahirkan tiga anak. Wanita itu pula pada tarikh, lokasi dan masa sama didapati berkelakuan sumbang dan bersekedudukan dengan bapanya sehingga melahirkan tiga anak.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan (tidur sebilik antara bapa dan anak perempuan), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda RM3,000.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, penguat kuasa agama Tumpat membuat pemeriksaan di sebuah rumah di Wakaf Bharu, sebaik sampai di kediaman itu didapati pintu rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam. Kemudian pintu rumah dibuka seorang lelaki dan pemeriksaan di sebuah bilik mendapati seorang lelaki serta seorang perempuan sedang tidur. Selain itu, terdapat dua kanak-kanak di samping mereka, hasil soal siasat didapati mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak (mahram).

Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.

Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam. Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.

Pengakuan kedua-dua tertuduh, menyebabkan Abu Bakar yang mendengar kes berkenaan memberi peluang kepada anak beranak terbabit mengemukakan rayuan sebelum hukuman mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan diputuskan mahkamah.

"Saya minta hukuman denda dikurangkan kerana masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak-anak, selain mahu memberi didikan sempurna kepada mereka. Kalau boleh tidak terjadi macam saya kerana saya bertaubat dan tidak akan melakukan zina dan dosa besar. Saya sudah berkahwin dengan dua isteri dan bercerai dengan mempunyai lima anak termasuk tertuduh kedua yang juga anak kedua dari isteri pertama. Saya sudah bercerai dengan isteri sejak tujuh tahun lalu," kata si bapa ketika mengemukakan rayuan.

Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Zaini Sulaiman dalam hujahan pemberatan hukuman sempat menyifatkan perbuatan dilakukan mereka keji kerana ketika anak-anak menyambut hari bapa, tiga anak pasangan berkenaan tidak kenal ayah mereka. Zaini berkata tertuduh perlu dijatuhi hukuman setimpal memandangkan perbuatan mereka yang keji.

(Video) Aksi menggoda ex-skandal Adi Putra selepas bergelar janda

Posted: 30 Dec 2013 06:06 AM PST

Sebuah video dimuat naik Nooraida Abdul Talib, bekas skandal Adi Putra di dalam akaun Intagramnya.

Video tanpa apa-apa dialog itu hanya menampilkan Nooraida kelihatan merakamkan aksinya terliuk lentok dengan bermain-main dengan rambutnya yang agak menggoda.

Beberapa rakan yang respon pada video tersebut ada yang tertanya-tanya dengan perbuatannya itu, tetapi Nooraida berkata beliau 'tengah sewel'...heh!

Ah..orang lawa, seksi, janda pula, buat la apa pun, nanti ada la yang datang menyambar!

Najib umum 11 langkah penjimatan belanja kerajaan

Posted: 30 Dec 2013 04:01 AM PST

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:
1. Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
2. Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
3. Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:
1. Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
2. Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
3. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Nur Jazlan: PM perlu penasihat baharu

Posted: 30 Dec 2013 02:31 AM PST

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.

Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.

"PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.

"…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.

"…kini, setiap kata-kata kerajaan BN menjadi satu bahan gurauan dan momokan rakyat sehingga dilihat sukar untuk kembali meraih semula sokongan daripada rakyat," katanya dalam penulisan terbarunya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan rakyat sebenarnya sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, namun oleh kerana mereka (rakyat) berada dalam keadaan marah sudah pasti mahu mencari mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.

"Rakyat sebenarnya, sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, tetapi dek kerana mereka berada dalam keadaan marah, sudah tentu mereka mencari mangsa.

"Oleh itu, bagi saya kegagalan BN mengoptimumkan penggunaan jentera parti memberikan penerangan kepada rakyat akan memberi padah besar kepada BN sendiri," katanya.

Bekas pengurus Intan Ladyana 'kencing' Julia Ziegler RM8,333

Posted: 30 Dec 2013 01:31 AM PST

Julia Ziegler, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita membuat laporan polis kira-kira pukul 10 malam Ahad terhadap penipuan yang dilakukan oleh seorang bekas pengurus artis.
PETALING JAYA: Pelakon Julia Ziegler berkata tidak akan menghalalkan wang sebanyak RM 8,333 yang diambil oleh seorang bekas pengurus artis Intan Ladyana bagi urusan membuka sebuah syarikat hartanah.

Julia, 29, berkata, individu yang dikenali sebagai Nor Ain itu bukan sahaja memperdayanya untuk membuka sebuah perniagaan, malah membuat pinjaman secara peribadi bagi melunaskan hutang kepada pihak tertentu.

"Saya tidak akan halalkan duit yang dia ambil dan dia atau keluarga dia perlu selesaikan hutang ini biarpun dia ditangkap atau menerima hukuman.

"Saya banyak menghabiskan masa dan duit semata-mata perkara tidak berguna seperti ini, bukan sahaja menipu, malah dia buat saya macam pemgemis pula," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Julia memberitahu, wanita itu mula menghubunginya pada awal Oktober lalu dan membuat pelbagai tawaran berhubung perniagaan.

Katanya, dia (Ain) turut menggunakan nama beberapa orang kenamaan dan rakan-rakan artis bagi menguatkan lagi kata-katanya.

"Dia menghubungi saya kononnya untuk berbincang tentang projek perniagaan hartanah dan membawa saya berjumpa dengan beberapa orang kuat dalam bidang tersebut.

"Kemudian beberapa bulan selepas itu tiada sebarang perkembangan dan saya dapat tahu tiada sebarang syarikat yang ditubuhkan atas nama saya, malah dia cuba melarikan diri dengan memberi pelbagai alasan tidak masuk akal," katanya.

Julia berkata, selepas menghubungi beberapa nama artis yang sering pernah bekerjasama dengan wanita ini, barulah dia sedar tentang penipuan tersebut.

Dalam masa yang sama, pelakon Rita Rudaini, Intan Ladyana dan empat orang peminat artis turut menerima nasib yang sama.

Sementara itu, Julia berkata, dia, Rita Rudaini dan seorang mangsa Zita telah membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada malam Ahad berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, tempoh masa yang diberikan kepada wanita tersebut untuk membayar wang yang diperdaya telah tamat dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

"Saya sudah malas untuk hubungi dan beri masa, dia sudah banyak kali tipu dan membiarkan saya menunggu di suatu tempat kononnya ingin membuat bayaran.

"Kali ini biar polis sahaja yang selesaikan dan ambil tindakan," katanya.

Letih makan kenduri alasan nak 'beromen'

Posted: 30 Dec 2013 01:01 AM PST

Gambar hiasan
SUNGAI PETANI - Seorang gadis berusia 16 tahun sanggup menggunakan alasan bapanya sakit lumpuh ketika diminta menghubungi waris akibat dicekup bersama teman lelaki di sebuah taman rekreasi, di sini, kira-kira jam 11.15 malam kelmarin.

Seorang lagi gadis berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan berbalut selimut kerana didapati tanpa seurat benang ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah tumpangan di sekitar bandar ini kira-kira jam 3 pagi semalam.

Itu antara situasi yang berlaku ketika operasi cegah maksiat dilakukan anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda yang bermula tengah malam kelmarin sehingga awal pagi semalam.

Rondaan di kawasan panas

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Sheikh Radzi Abd Mutalib yang mengetuai operasi berkata, operasi dijalankan 16 anggota penguatkuasa itu turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Agama Daerah Yan dan Pejabat Agama Daerah Kulim.

Menurutnya, rondaan dilakukan di kawasan 'panas' selain tempat rekreasi dan rumah tumpangan sekitar Sungai Petani.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, tinjauan ke lokasi panas dekat sebuah taman rekreasi menemui beberapa pasangan kekasih yang berkelakuan tidak sopan termasuk duduk berdua-duaan dalam keadaan gelap.

Menurutnya, alasan yang digunakan seorang gadis berusia 16 tahun dengan mengatakan bapanya terlantar akibat lumpuh semata-mata bertujuan mahu meraih simpati penguatkuasa selain mahu 'melepaskan diri' dari dikenakan tindakan.

"Perempuan itu yang dicekup bersama kekasihnya berusia 18 tahun ditemui dalam keadaan mencurigakan di sebuah kerusi dalam taman rekreasi terbabit," katanya.

Bagaimanapun, katanya, alasan itu hanyalah rekaan semata-mata kerana bapa yang dimaklumkan lumpuh pada mulanya telah tampil bagi memberi keterangan setelah dihubungi pejabat agama.

Menurut Zaiferi, selain pasangan terbabit, dua lagi pasangan turut dikenakan tindakan sama apabila mereka diberi amaran dan saman ketika ditemui dalam keadaan mencurigakan dekat Jeti Semeling.

"Tindakan dilakukan mengikut Seksyen 5 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 iaitu melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di tempat awam waktu siang dan malam.

"Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan," katanya.

Menurutnya, sekurang-kurangnya 10 pasangan kekasih yang ditemui turut diberi amaran oleh penguatkuasa agama.

Memadu kasih di rumah tumpangan

Sementara itu, katanya, operasi diteruskan ke rumah tumpangan sekitar pusat bandar yang turut menjadi tumpuan pasangan kekasih melampiaskan nafsu.

Katanya, serbuan ke atas sebuah bilik pada jam 2.45 pagi semalam mendapati pasangan kekasih masing-masing berusia 23 tahun sedang bermadu kasih dalam bilik berkenaan.

"Difahamkan, kedua-duanya baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis keramaian yang diadakan pada malam tadi (semalam) sebelum salah seorangnya berasa sakit kepala dan letih.

"Keadaan itu dijadikan alasan mereka yang menetap di Pulau Pinang kerana tidak dapat pulang dan bermalam di rumah tumpangan terbabit," katanya.

Menurut Zaiferi, serbuan ke atas bilik berikutnya mendapati seorang gadis berusia 18 tahun menutupi keseluruhan badannya dengan kain selimut kerana dipercayai berada dalam keadaan bogel.

"Pasangan kepada kekasih berusia 23 tahun ini dikatakan bekerja sebagai nelayan dan menetap di sempadan Pulau Pinang juga memberi alasan baru pulang dari majlis keramaian sama," katanya.

Hasil siasatan selanjutnya mendapati sebuah bilik yang dihuni pasangan kekasih remaja turut diserbu.

"Kami menunggu hampir 10 minit sebelum pintu dibuka setelah amaran keras diberikan beberapa kali," katanya.

Menurutnya, apabila disiasat, seorang wanita berusia 22 tahun berasal dari Tikam Batu berada di dalamnya, turut ditemui, kekasihnya berusia 29 tahun dikatakan berasal dari Pulau Pinang.

Hasil pemeriksaan lanjut dalam bilik pasangan berkenaan turut menemui berus serta ubat gigi yang baru dibeli dalam beg plastik dipercayai digunakan pasangan terbabit.

Menurutnya, laporan polis berhubung ketiga-tiga pasangan dibuat di Balai Polis Sungai Petani sebelum kesemuanya dibawa ke pejabat agama untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 iaitu bersekediaman, bersekedudukan, berkurung, bersembunyi atau bersama wanita bukan mahram.

Hukuman denda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun boleh dikenakan sekiranya didapati bersalah.

Pantau anak, bawa sijil nikah


Sementara itu, Radzi menasihatkan ibu bapa atau penjaga memantau pergerakan anak-anak terutama remaja agar tidak terjebak dalam perbuatan maksiat.

Beliau berkata, bagi pasangan yang sudah bernikah, mereka diminta agar sentiasa membawa sijil pernikahan bagi mengelakkan dikenakan tindakan.

"Ketika serbuan dilakukan, turut menjumpai pasangan berkahwin yang menghuni rumah tumpangan, bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi apabila kedua-duanya tidak membawa sijil nikah," katanya.

Menurutnya, keadaan lebih rumit apabila penguatkuasa terpaksa mengambil tindakan sebelum membuat carian atau pemeriksaan pendaftaran perkahwinan di pejabat agama terlibat.

(Gambar) 'Seluar dalam' Agnes Monica terlihat atas pentas

Posted: 29 Dec 2013 08:30 PM PST

Agnes Monica adalah penyanyi yang selalu tampil bertenaga dan bersemangat ketika membuat persembahan pentas.

Baru-baru ini, Agnes Monica ketika beliau bersemangat melakukan persembahan, tanpa disedari seluar dalamnya telah terlihat.

Agnes Monica memang sering tampil dengan kostum kontroversial. Ketika itu, beliau mengenakan dress panjang berwarna putih.

Agnes Monica pada waktu itu melakukan koreografi dengan rentak yang pantas. Ketika melakukan gerakan memgang lutut, peha bahagian dalamnya terlihat.

Dikutip dari Liputan6, mujurlah penyanyi yang dikenali sebagai Agnez Mo ini menggunakan seluar yang tidak terlalu 'bahaya'. Ini adalah kerana, jika dilihat lebih dekat, Agnes Monica sebenarnya mengenakan seluar yang amat pendek.

Agnes Monica memang dikenali sebagai salah seorang penyanyi yang cukup berani. Baru-baru ini, World Music Awards telah menilai penampilan Agnes Monica terlalu seksi ketika tampil di Jepun.

Gusar teman lelaki 'insaf' kerap ajak berzina

Posted: 29 Dec 2013 07:01 PM PST

Gambar hiasan
Saya berusia awal 20-an, bekerja serta tinggal di ibu kota. Saya mempunyai seorang teman lelaki yang lebih tua dan masih belajar. Hubungan kami menjangkau lima tahun.

Saya mengaku kami agak jahil sebelum ini dan terlampau mengikut nafsu sepanjang tahun terawal perkenalan sehingga pernah terlanjur.

Saya insaf dan cuba berhenti melakukan dosa itu. Akhirnya, saya me­ngambil keputusan berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman.

Saya mengambil peluang di kampung untuk menenangkan fikiran serta mendekatkan diri dengan Allah.

Pada masa yang sama, saya turut mengajak teman lelaki mendekatkan diri dengan Allah. Saya nampak ada perubahan dirinya seperti mula solat dan membaca surah Yasin setiap malam Jumaat.

Saya sudah bertekad tidak mahu lagi melakukan maksiat dan ingin mencari pekerjaan di kampung dan tinggal bersama keluarga.

Namun, malangnya saya sukar mendapat pekerjaan dan akhirnya selepas beberapa bulan, saya ditawarkan bekerja di ibu kota semula.

Teman lelaki saya masih cuba untuk menjalin hubungan seperti dulu. Saya menolak dan berterus terang padanya tidak mahu lagi melakukan dosa.

Saya ingin mengajaknya berubah bersama saya tapi dia tidak dapat menerima keputusan itu kerana baginya ia sesuatu yang terlalu drastik.

Dia pernah memberitahu untuk memutuskan hubungan kami, tapi saya tidak mahu kerana masih sayang padanya, begitu juga dirinya.

Kami sebenarnya sudah merancang untuk berkahwin akhir tahun depan, namun saya buntu dan tidak tahu apa perlu dilakukan. Patutkah saya memutuskan hubungan kami?

BUNTU,
Kuala Lumpur


Penghijrahan adik untuk tidak melakukan perbuatan dosa adalah satu kekuatan dan amat dipuji. Dr gembira dengan tindakan itu dan berharap adik akan berterusan melakukan perkara baik dalam hidup.

Memang dalam mencari kebenaran, adik akan banyak menghadapi cabaran termasuk ajakan demi ajakan daripada kekasih untuk terus menjalin hubungan dan perbuatan seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

Dr juga melihat jika teman menyayangi adik, dia tidak akan meminta untuk melakukan sesuatu yang membabitkan perkara dosa kerana adik tidak suka melakukannya.

Dr amat faham bukan mudah untuk memutuskan sesuatu hubungan cinta yang menebal. Ia ibarat memecahkan tembok yang gah kerana memerlukan kekuatan luar biasa untuk meruntuhkannya.

Namun, ada kalanya tembok itu perlu diruntuhkan jika ia hanya membawa lebih banyak kesengsaraan. Begitu juga dengan satu hubungan yang tidak dapat membawa kepada satu titik persamaan dan pertemuan.

Hubungan itu akan lebih banyak memakan diri masing-masing.

Perancangan adik berdua untuk berkahwin adalah satu perkara yang amat baik. Ia satu cara untuk mengelak daripada terus melakukan perbuatan dosa.

Dr doakan adik dapat mencari satu jalan peng­akhiran yang akan membawa kebahagiaan tanpa membabitkan dosa.


Kaunseling Remaja @ Harian Metro

Ada Bukti Kukuh, Saman RM100 Juta Tidak Henti Siasatan

Posted: 29 Dec 2013 06:31 PM PST

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo (depan, tiga dari kiri) dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah (tiga dari kanan) bersama ahli UMNO dan NGO prokerajaan membuat laporan polis membantah Himpunan Guling Kerajaan di IPD Ampang Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN
KUALA LUMPUR 29 Dis. - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak gentar dengan ugutan saman daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang dikenal pasti terlibat sebagai dalang utama perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dan ugutan saman itu tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan.

"Itu (saman) hak mereka... Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," kata Amar Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Amar Singh berkata demikiaan ketika diminta mengulas tindakan saman RM100 juta terhadap beliau yang bakal dilakukan oleh oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Turut menyatakan akan mengambil tindakan saman ialah Jingga 13.

Semalam dalam sidang akhbarnya, selain SAMM dan Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) turut didedahkan Amar Singh sebagai empat NGO yang menjadi dalang utama perhimpunan Selasa ini.

Dalam pada itu Amar menjelaskan, beliau tidak menyebut perancangan mengebom itu dilakukan oleh NGO terbabit tetapi risiko itu mungkin dibuat oleh individu lain yang menyertai perhimpunan itu.

"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ. Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit.

"Kenyataan saya tentang ancaman bom dan senjata berbahaya itu tidak menjurus kepada NGO terbabit sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di laman Facebook, sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bard dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan itu dan akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta terhadap Amar Singh.

Menurutnya, kenyataan Amar Singh semalam adalah amat mengejutkan kerana mengaitkan dirinya dan SAMM dengan tuduhan menganjur himpunan menggulingkan kerajaan.

Timbalan Koordinator Jingga 13 Malaysia, Amirzudin Ahmat pula berkata, pihaknya telah melantik peguam dan tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap PDRM dan beberapa media lain.

"Jingga 13 menyangkal dan membantah serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Amar Singh bahawa kami akan menimbulkan kekacauan serta membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan di perhimpunan itu," katanya.

Izreen Azmida 'sound' Johan As'ari

Posted: 29 Dec 2013 05:31 PM PST

PETALING JAYA: Pelakon yang pernah dikaitkan bercinta dengan Johan As'ari, Izreen Azminda menasihatkan agar aktor tersebut berhenti daripada memainkan perasaan wanita.

Izreen, 29, berkata, Johan seharusnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercinta dengan seseorang wanita.

"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu, sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.

"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan tindakan yang akan dilakukannya," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Ezreen berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan Johan yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nordin setelah sebulan menjalinkan hubungan cinta.

Tambah Ezreen, sebagai selebriti, Johan juga perlu lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan yang melibatkan maruah orang lain.

"Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan kali ini dia benar-benar serius.

"Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai pihak dan maruah keluarga masing-masing," katanya.

Sementara itu, mengulas tentang hubungannya dengan lelaki tersebut yang pernah menjadi kontroversi satu ketika dahulu, Izreen berkata, dia sudah melupakan semuanya dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang.

Hubungan Ezreen dan Johan pernah menjadi perhatian media sekitar tahun 2011, apabila wanita itu mendedahkan hubungan percintaan mereka, bagaimanapun dinafikan Johan yang sebaliknya menganggap mereka hanya sebagai kawan rapat sahaja.

Michael Schumacher koma, kemalangan ski

Posted: 29 Dec 2013 05:01 PM PST

Terdapat laporan daripada Eropah yang mengatakan tujuh kali Juara Dunia Formula Satu, Michael Schumacher sedang berski di sebuah resort di Meribel , Perancis , apabila dia jatuh lalu mencederakan dirinya dan kepalanya terhentak batu .

Walaupun Schumacher memakai topi keledar dikala kemalangan itu terjadi, tetapi impak kuat itu meninggalkan pelumba dalam keadaan koma , kata CNN.

Walaupun Schumacher masih sedar selepas kejadian , dia dilaporkan trauma lalu terus dihantar ke pusat trauma di Moutiers dan kemudian diterbangkan ke Hospital Universiti Center berdekatan Grenoble.

Schumacher tiba dalam keadaan koma dan memerlukan pembedahan otak serta-merta.

Terdapat laporan yang bercanggah daripada keadaan sekarang Schumacher , di mana laporan awal mengatakan kecederaan itu "tidak begitu serius" , tetapi maklumat baru mengatakan bahawa dia mengalami " trauma kepala yang teruk . "

Schumacher dilaporkan ski di cerun yang tidak bertanda pada masa kemalangan itu. Siapa sangka, bukan?

Bantuan persekolahan RM100 diagih 15 Januari

Posted: 29 Dec 2013 04:12 PM PST

Kuala Lumpur: Bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara akan mula diagihkan selepas 15 Januari depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, ketika dihubungi berkata, beliau akan mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara itu hari ini.

#Shameonyou Tweet Fazura untuk siapa?

Posted: 29 Dec 2013 04:01 PM PST

Semalam, kita dikejutkan dengan cerita khalwat pelakon dan pengacara jelita, Noor Neelofa Mohd Noor dengan seorang ahli korporat.

Namun, Neelofa dan pengurusnya sudah menafikan dakwaan tersebut, malah pelakon itu meminta semua pihak menghentikan cerita yang tidak berasas itu.

Apa yang menariknya, selepas berita itu tersebar meluas di dada-dada akhbar, seorang lagi pelakon jelita yang kini sedang bercuti di Los Angeles iaitu Fazura sempat memuat naik status yang seakan-akan memerli seseorang di laman Twitternya, awal pagi tadi.

Fazura menulis, "rasanya sudah sampai masa orang di luar sana mengetahui perkara sebenar tentang kamu dan juga suami M seperti mana yang kami tahu. ALLAH maha besar. shameonyou".

Adakah tweet itu ditujukan buat Neelofa dan seorang tokoh perniagaan yang merupakan suami kepada seorang selebriti popular itu?

Entahlah, hanya Fazura yang mengetahui kepada siapa pesanan itu ditujukan.

Seperti yang peminat sedia maklum, hubungan di antara Fazura dan Neelofa memang tidak berapa baik sejak dari dahulu lagi ketika Fazura sedang hangat bercinta dengan seorang kerabat diraja dari selatan tanah air.

Mencari Damai Abadi

Posted: 30 Dec 2013 03:35 PM PST

Mencari Damai Abadi


Cuti Tahunan

Posted: 29 Dec 2013 09:00 PM PST

Bismillah...

Syarikat aku menetapkan hanya 8 hari je boleh bawa cuti ke taun hadapan. Hari tu (25hb) check dengan HR cuti aku ada lagi 11.5 hari. 

Erk!! Terkejut mamat.. Aku perlu habiskan 4.5 hari untuk elak cuti aku dipotong.

So aku isi form cuti untuk mula cuti 27hb. 26hb bos aku pulak MC... aku called dia inform aku nak start cuti jumaat. Tapi dia kata nak buat discussion dengan aku. So jumaat aku 1/2 day. petang baru start bercuti. 1/2 hari tu nampaknya kena burn la... masa turun tangga pun dok ada discussion lagi.. huhuhuh.. Keluar pintu office baru org tak kacau aku...

Hmm.. aku mula kerja balik hari rabu.. 1hb. Johor tak cuti new year. Dan company aku juga tak ikut titah printah sultan supaya cuti hujung minggu hari jumaat dan sabtu. Ok la tu.. Jalan clear hari jumaat..huhuhhu 

Selamat tahun baru yeh!

THE FLYING KICK

Posted: 30 Dec 2013 01:37 PM PST

waadat

Posted: 30 Dec 2013 01:30 PM PST

waadat


Warung, cafe, dan lebuhraya bertol

Posted: 29 Dec 2013 06:52 PM PST

Orang buka warung, Demang cuba buka cafe.

Warung pacak tepi jalan, cafe dalam bangunan, ada aircond.

Warung jual karipap 50sen, cafe Demang pun jual karipap 50sen.

Warung tepi jalan buka hari-hari. Cafe Demangpun dibuka setiap hari dan aircond pun jalan hari-hari.

Orang pergi warung duduk atas bangku kayu usang, cafe Demang takkan nak buat begitu?

Warung tak pedulikan sangat soal lantai simen atau lantai tanah sebaliknya lantai cafe sekurang-kurangnya perlu ditampal mozek.

Sebut sahaja warung, orang tak peduli sangat, tapi bila dah jadi cafe, majlis perbandaran suruh buat macam-macam. Papantanda kena ikut peraturan dan kena bayar lesen. Longkang kena bersih, dapur kena kemas.

Kalau engkar, saman.

Demang nampak warung ni macam jalan biasa manakala cafe pula macam lebuhraya. 'Jalanraya biasa' digunakan secara percuma sahaja tapi kalau guna lebuhraya kena bayar tol.

Demang cuba jual karipap 60sen, orang kata mahal. Cafe pun lengang. Maka Demang tak jadi naikkan harga.

Demang fikir kerajaan pun begitu juga. Jangan naikkan tol dan kalau boleh beri percuma sahaja.

Perbelanjaan untuk penyeliaan lebuhraya boleh ambil daripada khazanah negara.

Apabila Demang beritahu Pakngah Demang di kampung tentang cadangan ini, Pakngah Demang bertempik:

"Aku tak setuju! Aku guna lebuhraya setahun sekali, pasai apa aku kena tanggung perbelanjaan lebuhraya tiap-tiap hari?"

Demang terangguk-angguk sambil mata terkebil.

Cucu Tok Selampit

Posted: 30 Dec 2013 01:28 PM PST

Cucu Tok Selampit


Tahniah @cmlimguaneng Sambut Tahun Baru 2014 Dengan W221 Mercedes-Benz S300L Baru

Posted: 30 Dec 2013 06:21 AM PST




Dengan hasil pentadbiran DAP Pulau Pinang yang Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) berjaya membuahkan hasil. Ketua Menteri Pulau Pinang bakal menaiki kereta W221 Mercedes-Benz S300L baru berwarna 'Palladium Silver'. Plat kemegahan beliau PG1 masih dikekalkan untuk kenderaan mewah yang baru ini. Sumber dari paultan.org boleh dibaca di sini.

Zuhud sungguh Khalifah merangkap Tokong Pulau Pinang ini. Surcaj air naik, hasil jualan tanah naik, saman parking pun meningkat, elaun ADUN pun naik. Okay la kalau nak naik Mercedes-Benz S300L pun. Juak-juak TURUN yang bakal berguling-guling di Dataran Merdeka malam besok tidak mahu turun sama berguling-guling di Pulau Pinang? Tahniah Tokong Lim Guan Eng kerana berjaya menipu hidup-hidup Melayu Pulau Pinang.

Pemuda UMNO Tanjong Karang Nak Hantar Memo Kat PM @NajibRazak ? DS @nohomar Mana? Pi Bercuti Ka?

Posted: 29 Dec 2013 09:52 PM PST



Bab yang ni memang CTS tak boleh hadam. Apa kejadah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjong Karang hendak menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak? Kononnya memorandum bantahan ini berkaitan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Memorandum berkenaan sedang dalam perjalanan hendak diserahkan kepada Perdana Menteri.

CTS nak tanya bukankah DS Noh Omar Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang? Bukankah DS Noh Omar Ahli Parlimen Tanjung Karang? Dan bukankah DS Noh Omar juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang dilantik oleh Presiden UMNO? Awat dia tidak tahukah penyerahan memorandum bantahan itu hari ini? Atau beliau sedang sibuk pergi bercuti? Bukankah lebih molek sekiranya memorandum bantahan dari ahli parti sendiri diserahkan kepada Ketua Bahagian atau dalam kes ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor sendiri untuk diserahkan kepada Perdana Menteri. 

Sudah hilangkah adab dalam parti atau sekumpulan orang sedang menangguk di air yang keruh untuk menjadi popular. Kalau inipun DS Nor Omar tidak boleh selesaikan dan memalukan Perdana Menteri, eloklah kiranya beliau letak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor. Buat malu orang kampung saja.

Duke of UMNO

Posted: 30 Dec 2013 01:13 PM PST

Duke of UMNO


GEGARRR..!!! KDN SIASAT 2 TOK GURU PAS? @buletinTV3 #beritatv3 @MukhrizMahathir

Posted: 30 Dec 2013 06:31 AM PST


Saya berpandangan, KDN harus bertindak menyiasat dua orang Tok Guru PAS ini. Kalau perlu, KDN perlu dapatkan segera keterangan bertulis dari mereka bagi memastikan fakta dan kesahihan mengenai fahaman agama yang dianuti Mat Sabu...

Zahid sendiri kalau boleh, perlu memanggil kedua saksi penting itu memberikan makluman padanya. Manalah tahu kalau Mat Sabu serius nak saman Zahid, kan? (Sampai sekarang Mat Sabu masih tak saman-saman Zahid lagi?) Peguam dia demam kot?

Nak tahu siapa? Sila tonton sendiri video terkini di bawah...



  

Nak tengok fakta lebih banyak? Sila ke laman portal ni...KedahNews.com

Saya Setuju Dengan Nik Aziz, Tapi....

Posted: 30 Dec 2013 04:35 AM PST

skf7759

Saya benar-benar teruja dengan kenyataan terbaru bekas MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menegaskan bahawa "Islam membenarkan rakyat menegur kerajaan". Memang benar dan saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Kerajaan bukannya "maqsum" seperti Nik Aziz, bukan?
Dalam kenyataan Nik Aziz itu, dia memberitahu wartawan Harakahdaily…
"Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan..".
Memang boleh buat berhimpun. Tapi negara kita punya undang-undang dan perlu pohon permit terlebih dahulu untuk berhimpun. Kalau diluluskan, barulah boleh berhimpun. Tak tahu pula jika Nik Aziz tidak hormat pada "undang-undang himpunan" yang dipersetujui bersama sebelum ini, kan? Kenapa Nik Aziz tak jelaskan perkara ini?

Nak naik sepanduk pun boleh. Asalkan, sepanduk itu tidak berunsur hasutan, fitnah, kata-kata bohong, tidak benar, manipulasi jahat dan sebarang bentuk tulisan negatif yang penuh provokatif. Saya yakin, Islam juga melarang sepanduk seumpama itu, bukan? Kenapa Nik Aziz tak keluarkan garis panduan sepanduk sekali dalam kenyataannya?

Kata Nik Aziz lagi…

"Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar.."
"Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi".
Malah Nik Aziz menambah bahawa ketika dia menjadi MB Kelantan, dia 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat…
"Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat…".
ScreenHunter_01 Dec. 30 02.57
Memang rakyat berhak menegur kerajaan. Tapi Islam menggariskan bahawa untuk menegur mana-mana pihak, maka ia perlu dilakukan dengan cara yang berhikmah dan bijaksana. Misalnya, cara kita menegur anak tidak sama dengan cara kita menegur isteri dan cara kita menegur isteri pula tidak sama dengan cara kita menegur ibu kita, bukan?

Jadi, samalah juga dengan cara menegur kerajaan. Kenapa teguran PAS terhadap kerajaan selalunya tidak dilayan? Sebab cara teguran PAS itu tidak ikhlas dan tidak kena pada cara atau tempatnya. Teguran PAS itu bukannya boleh diiktiraf dalam kategori "menegur", sebaliknya lebih menjurus kepada memperlekeh, menghina, memfitnah dan bermotifkan kuasa politik!

Paling "manis", Nik Aziz sendiri mengaku dia ditegur dengan cara yang berhikmah apabila setiap kesilapannya ditegur ketika di dalam mesyuarat! Maksudnya, Nik Aziz menggambarkan bahawa antara cara teguran terbaik terhadap kerajaan adalah secara tertutup di dalam "mesyuarat", bukan?

Jadi, kenapa tidak tegur kerajaan di dalam syura? Kenapa berdolak-dalik dan beri pelbagai alasan bila UMNO ajak bersyura selepas PRU ke-13 tempohari? Sebab PAS sebenarnya tidak ikhlas untuk bersyura dan menegur BN, bukan? Dan PAS rela menegur UMNO dengan cara yang salah seperti demonstrasi dan keganasan di jalanraya..?

Jika benar Nik Aziz ikhlas dan bersuara berpandukan Islam sebenar, dia tidak akan restu anak-anak buahnya membuat kecoh di jalanan esok kerana itu bukan caranya untuk menegur kerajaan. Kalau benar pun mahu menegur, sila tegur dulu "kerajaan naik 400%". Suruh anak-anak buahnya "turun"kan 400% itu terlebih dahulu…

Bak kata pepatah, "kuman di seberang laut Nik Aziz nampak, tapi 400% di depan mata dia buat-buat tak tahu" pulak… Wallahu'alam…

Sumber: Mykmu.net

Ishhh..!!! Payah Sangat Ke Nak Bekerjasama?

Posted: 29 Dec 2013 10:31 PM PST

rafiziemelpalsu

Pertanyaan ini saya lontarkan setelah melihat tingkah laku Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli, selepas dipanggil oleh pihak Polis untuk membantu siasatan berkaitan penyebaran satu e-mel, yang dikatakan merancang untuk mencetuskan kekacauan dan letupan dalam sambutan tahun baru selasa ini.

Portal ini dan beberapa blog lain serta media massa utama telah menyiarkan emel yang telah tersebar luas di media sosial mengenai maklumat yang dikatakan dihantar oleh Dr. Abdul Rahim Ghouse kepada Rafizi Ramli.

Rafizi mendakwa siasatan ini merupakan penyiasatan yang pilih kasih. Beliau menyoal apakah semua e-emel palsu dan gosip disiasat Polis? 


Memang bukan semua e-mel palsu dan gosip media sosial disiasat polis. Namun kerana e-mel ini memetik nama orang penting seperti Rafizi dan Rahim, berkaitan dengan himpunan yang bakal dianjurkan oleh beberapa pihak yang berkaitan dengan parti mereka dan sejarah keganasan lampau anjuran tunjuk perasaan yang membabitkan parti politik ini, tentulah polis punya asas untuk menyiasat.

Oleh kerana e-mel tersebut telah tersebar luas dan membabitkan keselamatan negara, Polis perlu menjalankan siasatan segera sama ada benar atau tidak. Justeru, tentulah mereka yang terbabit dalam gosip ini akan dipanggil membantu siasatan. 

Jika Polis tidak menyiasat, kemudian benar terjadi kejadian itu, siapa yang akan dipersalahkan jika bukan pihak Polis juga? 

Susah sangatkah untuk beritahu Polis, ini bukan emel saya, Tuan boleh lihat dalam emel saya, tiada kandungan atau komunikasi sedemikian.

Sebaliknya, Rafizi bukan sahaja marah dengan siasatan ini malah mengumumkan akan mengadakan pertandingan mereka e-mel palsu dan mahu melihat sama ada Polis akan menyiasat atau tidak e-mel palsu tersebut.

Sekiranya sudah diisytihar sebagai pertandingan e-mel palsu, perlukah Polis menyiasat lagi? 

Namun lebih merbahaya ialah Rafizi dengan menggalakkan orang ramai membuat e-mel palsu mengancam keselamatan negara melalui pertandingan ini ia boleh menyebabkan mereka yang menyertai pertandingan tersebut berhadapan tindakan undang-undang.

Inikah taraf pemikiran wakil rakyat negara yang ada sekarang ini?

Hot..!!! Najib Akan Senasib Morsi?

Posted: 29 Dec 2013 06:38 PM PST

fru

Sorotan bagi tahun 2013 diwarnai dengan pelbagai kisah suka duka di negara kita. Masing-masing punya cerita gembira dan sedih pada 2013. Dalam dunia politik, antara kenangan terbaik ialah apabila Allah SWT memenangkan BN pada PRU ke-13 yang lalu, sebuah kemenangan untuk rakyat Malaysia khususnya.

Selain itu, kemenangan BN Kedah merampas kembali Kerajaan Negeri Kedah dari terus dijajah PAS seolah-olah menyerikan lagi kepercayaan rakyat pada BN. Meskipun menang dengan majoriti mudah, menang tetap menang dan Allah SWT tetap memberikan kuasanya pada kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

Justeru itu, saya menjangkakan sambutan dan kemeriahan malam tahun baru pada malam esok akan berlangsung dengan lebih bermakna di seluruh negara.


Bagi sesetengah golongan, mereka lebih gemar menyambut malam tahun baru dengan bacaan surah Yaa Siiin beramai-ramai di masjid dan disusuli dengan solat hajat serta ceramah atau forum agama. Alhamdulillah, semoga keberkatan itu menyemarakkan rahmatNya di bumi bertuah ini…

Bagi sesetengah rakyat Malaysia pula, mereka memilih untuk sama-sama meraikan kemeriahan malam tahun baru dengan pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan, konsert malam tahun baru dan sebagainya. Biasanya orang muda lebih memilih sambutan begini.

Apa yang penting, kedua-dua sambutan itu perlulah disesuaikan dengan batas-batas Islam dan adat ketimuran. Yang pasti, sambutan malam tahun baru pada malam esok tetap dijangka lebih meriah berbanding sebelumnya…

Namun apa yang dimusykilkan ialah tentang sabotaj segelintir anak muda yang mengaku kononnya mereka "mewakili" anak muda, mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia. Mereka nak gulingkan kerajaan? Mereka gunakan alasan "kenaikan kos sara hidup" untuk buat kecoh nanti…

Bersih Kereta Polis3

Antara puak yang nak buat kacau pada malam esok yang telah dikenal pasti pihak PDRM ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Turun, "Jinggay" 13, SAMM dan SMM itu fikir mereka siapa agaknya yang tidak perlu patuh pada undang-undang? Pohon permit berhimpun pun tidak, tiba-tiba ajak orang ramai berhimpun buat kecoh ditengah kemeriahan sambutan malam tahun baru? Mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang, kah?

Apakah mereka-mereka yang bercadang nak buat onar itu merupakan golongan majoriti rakyat Malaysia? Berapa peratus yang bersama mereka agaknya? Wakili anak muda dan mahasiswa? Saya pernah bertemu dengan majoriti anak muda mahasiswa yang menolak cara demonstrasi, keganasan, politik murahan dan propaganda jijik "segelintir" rakan mereka itu.

"Pilihanraya kampus pun depa kalah teruk, lepas tu nak mengaku mereka wakil kami? Buat malu kami (mahasiswa) saja. Mahasiswa sebenar tak berperangai macam depa.." kata mereka yang setuju dengan ungkapan "matlamat tidak menghalalkan cara"…

Justeru itu, saya tidak pernah menganggap puak-puak yang nak buat kecoh itu mewakili suara majoriti rakyat. Suara majoriti rakyat berpihak memilih BN pada PRU ke-13 tempohari. Membanggakan, suara majoriti dari seluruh negara tampil membuat laporan polis terhadap pihak minoriti yang cuba menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat sebenar.

Bila disebut perkataan "gulingkan", maka saya teringat tentang nasib Morsi yang menang pilihanraya melalui saluran demokrasi pilihanraya. Beliau digulingkan tentera dan segelintir minoriti rakyat yang kecewa akibat tewas pilihanraya. Hasilnya, majoriti rakyat yang memilih Morsi bangkit membantah "coup de tat" tersebut.

Saya yakin, sekiranya Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya digulingkan puak-puak minoriti itu secara kekerasan bermula dengan gerakan malam ini, seluruh majoriti rakyat yang memilih BN akan bangkit sebagaimana rakyat Mesir yang berjuang demi pemimpin dan parti yang mereka pilih.

Pun begitu, saya juga yakin bahawa pihak berkuasa di negara kita, sama ada pihak PDRM mahupun ATM, yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong tidak akan memeluk tubuh membiarkan kekecohan "coup de tat" jijik mencemarkan negara. Saya cukup lega dengan status ini…

Dengan amaran pihak PDRM semalam, saya tertunggu-tunggu detik malam esok. Apakah mereka akan "turun" tunjuk perangai buruk mereka di jalanan? Siapa yang akan disumbat ke lokap malam esok? Cubalah "turun" buat kecoh kalau mahu bertemu "buku dengan ruas". Kalau ada yang masuk ke "dalam" atau bengkak sana sini, jangan salahkan pihak berkuasa pula ya…

Sumber: Mykmu.net

tun faisal dot com

Posted: 30 Dec 2013 01:13 PM PST

tun faisal dot com


JUAL ASET - Kementerian Kewangan jawab pembohongan PR #FitnahPR

Posted: 29 Dec 2013 11:09 PM PST

KENYATAAN PENUH KEMENTERIAN KEWANGAN BERHUBUNG PENJUALAN ASET KERAJAAN DAN PENSEKURITIAN HUTANG KERAJAAN

[Nota - Saja keluarkan berita lama sebab nampaknya ramai yang membaca atau maasih gagal mencari jawapan kepada isu ini.]

Kenyataan Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013.

Untuk makluman, sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut  diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013. Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.

Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets)

Untuk makluman, penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.

Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008. Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan, Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara.

Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).

Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut. Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. Sebagai contoh, tanah Kerajaan UK di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa. Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.


Pensekuritian Hutang Kerajaan

Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam. Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan. Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.


Kesimpulan

Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan. Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.


Oleh itu, semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik.


KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA



KUALA LUMPUR, 25 Dis - Penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan bukanlah satu-satunya cara untuk kerajaan mengukuhkan kedudukan kewangannya.

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dalam satu kenyataan rasmi hari ini berkata, kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4 peratus pada 2010 kepada 3.0 peratus pada 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada 2020.

"Sasaran ini akan dicapai menerusi konsolidasi fiskal kerajaan, kata MoF sebagai membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan," katanya.

MoF juga menjelaskan, penjualan tanah menerusi inisiatif pengewangan aset kerajaan bertujuan memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan persekitarannya.

"Inisiatif pengewangan aset kerajaan ini telah dilaksanakan sejak 2008.

"Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

MoF juga berkata, aset kerajaan dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah.

Jelasnya, pengewangan aset merupakan aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi.

"Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperoleh terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut.

"Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut.

"Sebagai contoh, tanah kerajaan United Kingdom di Canary Wharf, London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hab kewangan antarabangsa.

"Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh kerajaan Singapura dan Hong Kong," katanya.

Berkenaan pensekuritian hutang kerajaan pula, MoF berkata langkah ini dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.

"Hasil pensekuritian hutang kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9 peratus daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan.

"Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan," katanya.

Sementara itu, MoF turut menjawab kenyataan yang dikeluarkan oleh Rafizi mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM) yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 1 Dis 2013.

"Untuk makluman, sumber maklumat dalam penerbitan MEM tersebut diperoleh daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

"Kedua-dua laporan tersebut telah pun dibentangkan di Parlimen pada 25 Okt 2013.

"Oleh itu, cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diuar-uarkan dalam media bagi membincangkan isu ini tidak berbangkit," katanya.

MoF menasihati semua pihak supaya meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama.

MUSLI OLI

Posted: 30 Dec 2013 01:11 PM PST

MUSLI OLI


KEMBARA SAYA DALAM PKR BERAKHIR HARI INI

Posted: 30 Dec 2013 05:10 AM PST



Hari ini saya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti PKR yang saya sertai secara tidak rasmi pada November 2011. Saya kata tidak rasmi kerana saya tidak pernah menjadi ahli PKR. Namun perlantikan sebagai Timbalan Ketua Penerangan Negeri dan anggota MPN Sabah oleh Pengerusi MPN Encik Thamrin Hj Zaini, mengesahkan status saya sebagai ahli PKR

Saya sertai PKR kerana isu politik negeri Sabah. Faktor yang menarik saya adalah  BUKU JINGGA versi Sabah yang dilancarkan Pakatan Rakyat pada tahun 2011. Buku Jingga merupakan janji PKR dan Pakatan Rakyat kepada rakyat Sabah untuk mengembalikan beberapa perkara yang saya anggap wajar dikembalikan kepada rakyat dan negeri Sabah, khususnya mengenai Perkara 20, royalti minyak (20%), Cabotage Policy dan soal otonomi yang terkandung dalam Malaysia Agreement 1963 jika Pakatan Rakyat mengambil-alih Putrajaya.


Namun kepincangan PKR mula terserlah menjelang PRU 13. Pucuk pimpinan Pusat tidak menghormati pemimpin-pemimpin yang telah dipilih dan dilantik diperingkat negeri. PKR Sabah dipaksa akur terhadap keputusan yang dibuat pucuk pimpinan Kuala Lumpur sehingga berlaku krisis semasa pemilihan calun dan beberapa orang anggota MPN Sabah merangkap anggota MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang telah lama berjuang seperti Hj Ansari Abdullah disingkirkan. Enam orang ketua cabang yang tidak disenaraikan juga keluar parti.

Saya tidak pernah melobi untuk jadi calun dalam PRU. Saya juga tidak berminat untuk menjadi ketua cabang walaupun saya ditawarkan Datuk James Ghani (Setiausaha Perhubungan MPN) untuk memangku jawatan itu setelah ketua cabang Kota Belud keluar parti.

Semasa berlangsung kempen, PKR Sabah seperti anak ayam kehilangan ibu. PKR tidak ada general perang dan  tiada command center diperingkat negeri. Ibu pejabat PKR di Penampang sentiasa kosong. Pengerusi MPN, Thamrin Zaini bertanding di Sandakan, manakala Setiausaha, Dr Roland Chia bertanding di DUN Inananm. Masing-masing membawa jentera dari ibupejabat. 


Di satu kumpulan lain, Datuk Lajim Ukin dengan kumpulan PPPS dan Datuk Wilfred Bumburing dengan kumpulan APS. Jentera pilihan raya di setiap kawasan bercelaru kerana masalah jentera yang tidak teratur akibat masalah logistik dan kewangan.

Pengalaman pilihan raya dalam PKR merupakan satu pengalaman yang amat pahit. Terutama bila berhadapan dengan para penyokong yang serba kekurangan dan berjuang dengan berbekalkan semangat semata-mata. Bila saya imbas kembali, menyebabkan saya membuat keputusan untuk menamatkan pengembaraan saya dalam PKR. Yang jelas, PKR dipenuhi pemimpin-pemimpin kecewa dan keras hati sehingga tidak ada sifat "kepedulian" jauh sekali sifat kasih sayang dan prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.


Saya masih dengan prinsip perjuangan saya menuntut soal hak dan kepentingan rakyat dan negeri Sabah seperti apa yang terkandung dalam Buku Jingga, namun saya mengambil pendekatan perundingan bukan secara konfrantasi. Saya percaya, dengan kepimpinan yang ada diperingkat negeri dan Pusat, kerajaan BN yang memerintah hari ini boleh melaksanakan janji-janji seperti terkandung dalam Buku Jingga secara berperingkat-peringkat. Umpamanya janji royalti minyak, kerajaan Sabah dijangka akan memperolehi lebih daripada  20% jika janji BN pada PRU lalu dipenuhi.

Begitu juga dengan kenyataan Ketua Menteri Sabah baru-baru ini mengenai kos pengeluaran di Sabah yang 30% lebih mahal dari Semenanjung Malaysia. Ia merupakan petanda bahawa kerajaan Persekutuan mula mendengar dan sedia berbincang dengan pemimpin Sabah berhubung dengan beberapa dasar seperti Cabotage Policy.

Saya belum berhasrat menyertai mana-mana parti politik tetapi saya memberi sokongan kepada pucuk pimpinan Pusat dan negeri yang telah dipilih rakyat dalam PRU lalu. Saya bercadang untuk aktif dalam NGO dan membantu kerajaan menyediakan maklumat dan cadangan tentang permasalahan rakyat diperingkat akar umbi.

Sekian dan terima kasih.

yang ku dengar dan ku lihat

Posted: 30 Dec 2013 01:08 PM PST

yang ku dengar dan ku lihat


Posted: 29 Dec 2013 10:57 PM PST

Dimana ada bunyi disitu ada dia.

PEJUANG BANGSA

Posted: 30 Dec 2013 11:32 AM PST

PEJUANG BANGSA


11 LANGKAH PENGURANGAN PERBELANJAAN KERAJAAN INI YANG RAKYAT MAHUKAN @NajibRazak

Posted: 30 Dec 2013 09:30 AM PST



GPB menyambut baik 11 langkah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan . Ia sejajar dengan hasrat rakyat  juga mahu kerajaan  berjimat cermat demi mengurangkan perbelanjaan .

Jika kerajaan memotong beberapa subsidi demi mengurangkan defisit fiskal negara dan rakyat terpaksa berdepan kenaikan harga barang akibat daripada itu  .. maka 11 langkah ini juga memang patut di buat kerajaan.

Kalau di syarikat swasta pun boleh dilakukan , mengapa penjimatan di sektor awam tak boleh dilakukan . Kalau subsidi rakyat dipotong , maka perbelanjaan kerajaan juga wajar dipotong juga untuk perbelanjaan lebih berhemah .

Terima kasih PM kerana mendengar rintihan rakyat membuat tindakan yang cukup berani  !!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari. 

 Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin. Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

 Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C(Jusa C) ke atas.

 Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu. Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

 Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan. 

 Perdana menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat. Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan. 

 Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan. 

 Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya. 

 Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. 

 Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - BERNAMA





GAYA GUAN ENG SAMBUT TAHUN BARU 2014,2 BULAN TUKAR MERCEDEZ BENZ S CLASS !!

Posted: 30 Dec 2013 08:14 AM PST

Ini lah hasilnya bila kerajaan berjiwa rakyat DAP P.Pinang berjimat cermat bertuhankan CAT  , jual tanah kerajaan kepada pemaju , naik surcaj air , saman parking , kompoun gerai2 Melayu ...

Rupanya nak kumpul duit rakyat untuk  beli kereta mewah Mercedez Benz S Class.

 Ye la  takkan seorang CM naik  Toyota Camry sama standard dengan Exco . Gelaran Tokong sewajarnya lebih tinggi lagi malah lebih hebat lagi berbanding Perdana Menteri Malaysia yang hanya naik Proton Perdana versi Honda .


Seronok lah CM dan isteri  , selepas 2 bulan pakai Toyota Camry terus tukar Mercedez ..

Ini baru dikatakan berjiwa rakyat dan demi rakyat P.Pinang  ...











 Kerajaan Pulau Pinang menerima 15 buah Toyota Camry 2.5 untuk kegunaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan di negeri ini.Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tiba di Komtar menggunakan salah sebuah kenderaan tersebut dengan nombor pendaftaran PG1 untuk menyerahkan kunci kereta tersebut kepada beberapa ahli Exco termasuk Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II, Dr P.Ramasamy, Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus dan Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mokhtar Jait.

Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Penasihat Undang-Undang Negeri itu turut menerima kereta baharu tersebut.Lim berkata kerajaan negeri itu membelanjakan RM113,500 untuk setiap kereta itu dan beberapa kereta lama akan diserahkan kepada jabatan lain di negeri itu atau dijual.

Difahamkan enam buah Mercedes Benz dan sembilan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif sebelum ini berusia antara 12 dan 21 tahun

BUDAK JATUH 30 METER EURO WHEEL, KERAJAAN NEGERI PERLU BERTANGGUNGJAWAB !

Posted: 29 Dec 2013 11:28 PM PST


Lagi tragedi akibat kecuaian berlaku di negeri P.Pinang dan terbaru di Pesta P.Pinang di mana seorang kanak-kanak terjatuh dari  "Euro Wheel "  yang dianjurkan  Kerajaan Negeri  

GPB menyokong ibubapa ini yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur ( kerajaan negeri )   yang cuai dan tidak menitikberatkan soal keselamatan pengunjung .

  Kerajaan Negeri ditadbir DAP perlu bertanggungjawab di atas kecuaian yang berlaku ini kerana ia telah mengakibatkan seorang kanak-kanak koma dan hilang buah pinggang. 


"Saya sempat bertanya kepadanya apa yang berlaku dan dia memberitahu, terjatuh dari buaian berpusing sebelum muntah darah dan tidak bermaya.
"Melihat keadaannya itu, saya mendukung Khairul dan berlari mendapatkan bantuan," kata Abu Kassim Yaacob, 41, bapa kepada Muhammad Khairul Naimmie Abu, 6, yang koma selepas terjatuh dari buaian berpusing 'Euro Wheel' di tapak pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong, di sini, awal pagi semalam.

Menurutnya, mujur ada seorang rakan yang juga anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) sudi menumpangkan kenderaannya untuk membawa anak yang parah itu ke Hospital Pulau Pinang (HPP).



Difahamkan, Khairul terjatuh dari ketinggian mencecah hampir 30 meter dan ketika itu, semua peniaga menutup operasi perniagaan masing-masing di tapak pesta berkenaan.

Mangsa dikatakan masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan, namun dia panik kerana bekalan elektrik diputuskan, membuka pintu lalu terjatuh.
Menceritakan kembali kejadian itu, Abu Kassim, yang juga peniaga di tapak pesta itu berkata, dia dimaklumkan beberapa rakan yang anaknya ditimpa kemalangan kerana terjatuh dari buaian berpusing itu.

Dia terus bergegas ke lokasi kejadian dan terkejut melihat keadaan Khairul yang lemah sebelum memangkunya tubuhnya untuk dibawa ke hospital.
Sejurus tiba di hospital, anaknya tidak sedarkan diri menyebabkan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.

 "Doktor memaklumkan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang satu buah pinggang manakala limpa anak saya pecah serta usus perut terpaksa disambung," katanya.

"Saya kemudian diminta menandatangani borang untuk pembedahan dan hanya mampu berdoa supaya Khairul selamat," katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku, namun melihatkan keadaan beberapa buaian berpusing yang pecah cermin, dia percaya Khairul terjatuh daripada tingkat yang tinggi sebelum terhempap ke bawah.

"Saya tidak dapat bayangkan penderitaan anak saya ketika dia terjatuh dan tidak tahu bagaimana dia boleh masuk ke dalam satu daripada buaian berpusing berkenaan kerana ketika itu, semua permainan di pesta mahu menghentikan operasi.

"Saya pelik kerana tidak mungkin operator yang menjaga permainan itu tidak menyedari anak saya masuk sedangkan jarak antara tempat kawalan buaian berpusing itu tidak jauh," katanya.

Kata Abu Kassim, dia kini mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penganjur yang dilihat cuai dan tidak menitik beratkan soal keselamatan.

"Saya tunggu hingga keadaan anak pulih dan mungkin akan mengambil tindakan kepada penganjur, namun buat masa ini saya hanya memikirkan keadaan anak terlebih dulu," katanya.

Berikutan itu, bapa mangsa membuat laporan polis jam 4 pagi semalam dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Asisten Komisioner Nasir Salleh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

AMACAM MACAI SAMM , POLIS SAHKAN ADA BUKTI KUKUH !!

Posted: 29 Dec 2013 04:40 PM PST




 - Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh tidak gentar dengan ugutan saman daripada badan-badan bukan kerajaan (NGO) propembangkang yang dikenal pasti terlibat sebagai dalang utama perhimpunan haram di Dataran Merdeka, Selasa ini.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai bukti yang kukuh dan ugutan saman itu tidak akan menghentikan siasatan yang dilakukan.

"Itu (saman) hak mereka... Tetapi mereka harus ingat polis juga mempunyai bukti berdasarkan siasatan yang telah dibuat," kata Amar Singh ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Amar Singh berkata demikiaan ketika diminta mengulas tindakan saman RM100 juta terhadap beliau yang bakal dilakukan oleh oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Turut menyatakan akan mengambil tindakan saman ialah Jingga 13.

Semalam dalam sidang akhbarnya, selain SAMM dan Jingga 13, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) turut didedahkan Amar Singh sebagai empat NGO yang menjadi dalang utama perhimpunan Selasa ini.
Dalam pada itu Amar menjelaskan, beliau tidak menyebut perancangan mengebom itu dilakukan oleh NGO terbabit tetapi risiko itu mungkin dibuat oleh individu lain yang menyertai perhimpunan itu.

"Ketika sidang akhbar, saya menyebut tentang empat NGO itu dikenal pasti akan hadir dan berhimpun di situ. Perhimpunan itu pula salah di sisi undang-undang dan mereka tidak dibenarkan berhimpun kerana tidak memohon sebarang permit.

"Kenyataan saya tentang ancaman bom dan senjata berbahaya itu tidak menjurus kepada NGO terbabit sebaliknya berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu di laman Facebook, sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Cikgu Bard dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan itu dan akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta terhadap Amar Singh.

Menurutnya, kenyataan Amar Singh semalam adalah amat mengejutkan kerana mengaitkan dirinya dan SAMM dengan tuduhan menganjur himpunan menggulingkan kerajaan.

Timbalan Koordinator Jingga 13 Malaysia, Amirzudin Ahmat pula berkata, pihaknya telah melantik peguam dan tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap PDRM dan beberapa media lain.

"Jingga 13 menyangkal dan membantah serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dibuat Amar Singh bahawa kami akan menimbulkan kekacauan serta membawa pelbagai senjata termasuk bom tangan bagi melakukan kekecohan di perhimpunan itu," katanya.

Pengikut